Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah. Tempat di mana semua aktiviti dalam talian di sekolah dijalankan.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


Kenali FROG VLE

Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.


Kegunaan FROG VLE kepada Ibu bapa

Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.



Cara Aktifkan Akaun Frog VLE Ibubapa

Pihak sekolah telah mengedarkan surat berkaitan maklumat ID dan Password FROG VLE kepada ibu bapa melalui murid. Sekiranya anda ingin mendapatkan semula ID dan Password sila hubungi pihak sekolah.


0 comments:

Post a Comment

 
Top