Makmal sains SKSS terletak di aras bawah bangunan utama sekolah. Makmal ini dikawal selia oleh Ketua Panitia Sains iaitu Cik Wan Ni Aswani Bt Mohd Nazin.

LATAR BELAKANG

Makmal Sains merupakan sebuah bilik yang berfungsi sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Kesedian sebuah makmal yang dapat berfungsi dengan baik adalah satu keperluan bagi memastikan p&p yang dijalankan mencapai objektif dan memberi impak yang sepatutnya.


OBJEKTIF

Membudayakan subjek Sains sebagai salah satu subjek yang positif dan menarik.
Mengwujudkan suasana pembelajaran yang sebenar dan kondusif dengan pelbagai sumber pembelajaran.
Menjadikan Makmal Sains sebuah Kiosk ilmu yang mudah dicapai.
Menyediakan bahan p&p dalam keadaan interaktif.
Menyediakan makmal yang sedia digunakan.
Menyediakan sebuah makmal dengan kelengkapan ICT yang lengkap.


KONSEP SUDUT

Terdapat beberapa sudut dengan konsep yang berbeza bagi setiap sudut diwujudkan di dalam makmal sains SK Sungai Setar.

The Milky Way
Memaparkan secara visual Galaksi Bima Sakti serta objek yang terdapat di dalamnya.

Fun with Science Corner
Pengenalan konsep asas bahagian tubuh manusia dan haiwan dalam bentuk permainan.

The Sanctuary in the Sky.
Memperkenalkan pelbagai jenis burung tempatan dan luar.

The Mini Zoo
Menyediakan akuarium dengan menempatkan pelbagai jenis haiwan liar.

The Science Garden
Menambah keceriaan disekitar makmal dan menambah kehijauan persekitaran.

My Animals One Stop
Lukisan murel di dinding dan menampal gambar haiwan pelbagai jenis.

  

  


 
Top