Sejarah Penubuhan Prasekolah

Pendidikan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar hanya bermula pada tahun 2004. Penubuhan prasekolah tersebut adalah di bawah dasar Rancangan Malaysia Ke 10 sebagai satu usaha peluasan kelas prasekolah di daerah Kerian. Pembukaan kelas ini telah berjaya menarik ramai murid di kawasan ini untuk mendapatkan pendidikan prasekolah yang lebih sempurna sebelum melangkah ke pendidikan sebenar  di sekolah  yang sama.   

Kelas prasekolah telah di tempatkan di bangunan sekolah yang sama. Bahagian dapur, ruang makan dan bilik air telah ditambah di tepi kelas untuk memberi keselesaan kepada murid prasekolah. Bahagian dinding kelas ditebuk untuk memberikan laluan guru dan murid untuk ke tempat berkenaan. Segala peralatan dan perabut telah dibekalkan dari masa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada kelas ini.
Seramai dua puluh lima orang daripada kalangan murid lima dan enam tahun telah menerima pendidikan di tahun pertama pembukaan. Seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid telah ditempatkan di kelas ini.  

Saban tahun kelas ini tidak dapat menampung limpahan permintaan daripada masyarakat sekeliling untuk mendapatkan pendidikan prasekolah di sekolah ini. Akhirnya pada tahun 2010, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menyenaraikan sekolah ini layak mendapat sebuah kelas lagi sebagai tambahan kepada kelas sedia ada di bawah program peluasan prasekolah Negeri Perak. Bermulalah pembinaan kelas baru yang di bina di hujung padang sekolah ini. Walaupun pembinaan ini agak jauh daripada bangunan sekolah sedia ada tetapi ia tidak menghalang murid dan guru menyertai segala aktiviti bersma dengan warga sekolah yang lain. 

Pengambilan pertama kumpulan murid kelas baru ini telah diadakan pada tahun 2011. Namun akibat kelewatan pembinaan, mereka terpaksa menumpang di salah sebuah kelas di bangunan sekolah sedia ada. Hanya pada bulan April, 2011 baharulah, mereka ditempatkan di kelas baru tersebut. 
Bentuk kelas baru ini mendapat sentuhan model terbaru untuk bangunan prasekolah di negara ini. Setiap ruang dibina untuk saling lengkap melengkapi seperti ruang pengajaran dan pembelajaran, ruang dapur, setor, tandas guru dan murid lelaki dan perempuan berasingan, ruang sinki dan cermin murid, ruang ambil wuduk, ruang hadapan dan permainan luar. Ia lebih luas dan lengkap berbanding kelas lama. Setiap  ruang dilengkapi dengan kemudahan perabut, kerusi meja, peralatan eletrik dan sebagainya. Ruang makan dan ruang pengajaran dan pembelajaran dibina berasingan tetapi bersebelahan. Kelengkapan alat permainan luar yang disediakan memberi daya tarikan kepada masyarakat sekeliling tentang kewujudan kelas prasekolah yang baru. 

Bagi memudahkan pengenalan kedua-dua buah kelas tersebut, kelas lama dinamakan Kelas Prasekolah Dahlia dan Prasekolah Cempaka untuk kelas prasekolah yang baru dibina. Sesungguhnya pembinaan kelas prasekolah telah memberi peluang kepada semua murid yang berumur lima hingga enam tahun mendapatkan pendidikan prasekolah yang sempurna sebelum melangkah ke tahun satu di arus perdana.

Ruang persediaan guru Ruang makan

Ruang Dapur Ruang P&P

Majlis Bacaan Yasin pembukaan kelas baru Kelas Sementara Pra Dahlia


Fokus
Pendidikan Prasekolah di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar ini adalah  berfokuskan kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah kelak.


Visi
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar Berkualiti


Misi
Setiap warga prasekolah mestilah berusaha bersungguh-sungguh, berinisiatif, bermotivasi, mengujudkan perpaduan, pemuafakataan dan daya saing yang tinggi untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dalam mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulam dan sahsiah kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.demi melahirkan anak-anak yang cemerlang. 


Moto
Keseimbangan JERI, Keutamaan Kami


Peraturan Umum Prasekolah
Peraturan umum di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar adalah :

1. Sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) di prasekolah adalah mulai jam 7.45 pagi – 11.45 pagi pada setiap hari persekolahan iaitu selama 4 jam.
2. Murid disediakan sarapan pagi ddi prasekolah.
3. Ibu bapa dikehendaki mengambil pulang murid  pada jam 11.45 pagi pada setiap hari persekolahan.
4. Ibu bapa / penjaga dikehendaki menghantar dan menjemput murid di pintu pagar utama prasekolah sahaja.
5. Hanya waris terdekat dengan murid sahaja yang dibenarkan mengambil murid  pulang dari sekolah.  
6. Waris yang mahu membawa pulang murid sebelum tamat waktu persekolahan hendaklah memaklumkan terlebih dahulu pada pihak pentadbir  dan seterusnya mengisi maklumat pada Buku Pergerakan Murid yang berada di kelas prasekolah.
7. Sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah pada hari persekolahan, ibubapa /penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas secara bertulis atau menyerahkan sijil cuti sakit.
8. Murid prasekolah dikehendaki berpakaian kemas, berkasut dan berstoking ketika mengikuti proses pdp di dalam kawasan sekolah.
9. Murid lelaki hendaklah berambut pendek manakala bagi murid perempuan berambut panjang, rambut mestilah diikat. Kuku murid mesti  sentiasa dalam keadaan pendek dan bersih.


Peraturan Di dalam Kelas
Peraturan di dalam kelas di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar adalah :

1. Murid perlu beratur sebelum masuk dan keluar dari kelas.
2. Murid tidak boleh keluar kelas tanpa kebenaran guru.
3. Murid perlu membaca doa sebelum belajar.
4. Murid perlu membaca doa sebelum dan selepas makan.
5. Murid hanya dibenarkan makan dan minum dengan kebenaran guru sahaja.
6. Murid tidak dibenarkan berlari di dalam kelas.
7. Murid perlu minta izin jika hendak ke tandas.
8. Murid perlu membaca doa sebelum dan selepas masuk tandas.
9. Murid mesti mengemas peralatan setiap kali selepas menggunakannya.
10. Murid perlu memberi tumpuan sewaktu guru mengajar.  
11. Murid tidak dibenarkan mengambil alat tulis kawan tanpa meminta izin.
12. Murid mesti berpakaian kemas dan bersih.
13. Murid  dikehendaki bersama-sama menjaga kebersihan kelas.
14. Murid perlu memastikan alat tulis dan bahan bacaan disusun dengan kemas sebelum pulang dan tidak dibenarkan membawa pulang peralatan sekolah.
15. Murid dikehendaki menyusun meja dan mengangkat kerusi ke atas meja sebelum pulang.
16. Murid hendaklah menghormati Pembantu Pengurusan Murid dan juga rakan-rakan.
17. Murid harus membaca doa  bersama-sama sebelum pulang.
18. Murid dihendaki bersalaman dan mengucapkan ucapan selamat dan terima kasih pada guru dan PPM sebelum pulang.


Peraturan di Luar Kelas
Peraturan di luar kelas di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar adalah :

1. Murid mesti mendapatkan kebenaran guru untuk keluar kelas.
2. Murid tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang ada di dalam kelas kecuali dengan arahan guru.
3. Murid mesti memakai kasut semasa bermain di taman permainan atau di pusat permainan air.
4. Murid mesti berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan alat permainan.
5. Murid perlu menggunakan peralatan permainan dengan cara yang betul dan diawasi oleh guru atau PPM.
6. Murid perlu bersama-sama menjaga kebersihan kawasan luar kelas prasekolah.
7. Murid hendaklah mencuci tangan selepas bermain atau menjalankan aktiviti di luar sebelum masuk ke kelas.
8. Murid hendaklah menjimatkan air semasa pembelajaran mengambil wuduk di tempat wuduk.
9. Murid hendaklah mengambil wuduk dengan tertib dan tidak bermain air di tempat wuduk.
10. Murid hendaklah mengelakkan diri daripada bermain di tempat yang  
      berbahaya seperti di kawasan longkang.

0 comments:

Post a Comment

 
Top