Sk Sungai Setar - Satu lagi kejayaan telah dicipta oleh sekolah ini apabila telah berjaya meraih tempat kedua menerusi pertandingan bercerita kisah dari Al - Quran. Kejayaan yang membanggakan ini telah disumbangkan oleh Mohd Rafiq Haris b. Rosdi iaitu murid dari tahun 5 Melur. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak dan Rafiq Haris telah membawakan cerita 'Nabi Yunus di telan ikan Nun'.


Guru yang bertanggungjawab mendidik Rafiq sehingga mampu pergi sejauh ini ialah Pn Hanani bt Ishak yang turut merupakan guru agama di sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah terutamanya kepada guru pembimbing di atas usaha gigih beliau, ternyata segala perit jerih usaha mereka telah membuahkan hasil. 


Rafiq bersama sijil dan trofi kemenangan
Rafiq telah menerima hadiah berupa wang tunai sumbangan peribadi daripada
PK Koko SKSS,  Tn Hj Jamaludin b. Jali

1 comments:

 
Top