Awal Penubuhan Sekolah

Pada tahun 1889, sebuah sekolah rakyat bumbung dan dinding atap nipah telah didirikan. Pelajar-pelajar diajar Al-Quran dan Fardu Ain di bawah kelolaan seorang guru, En Lebai Din.

Pada tahun 1907, pihak British telah mendirikan sebuah sekolah di Lot No:316 JKR 160. Pelajar-pelajar pada masa itu adalah sekitar 40 orang. Guru Besar yang dilantik pada masa itu adalah  En. Mohd Zain B. Taib. Pada 1931, sebuah bangunan baru didirikan di atas sebuah tapak Lot No:1914. Guru Besar pada ketika itu ialah Tn Hj Hassan Bin Ahmad.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah dari darjah 1 hingga darjah 5. Umur murid bagi darjah 1 pada masa itu adalah antara 10 dan 11 tahun. Pakaian seragam perempuan adalah baju kurung berwarna putih dan kain biru manakala lelaki pula memakai baju melayu, kain pelekat dan bersongkok.

Zaman Jepun

Pada tahun 1942, semasa pemerintahan jepun, sekolah ini telah ditutup buat sementara. Sekolah ini telah dibuka semula pada tahun 1943 atas nama sekolah kerajaan Jepun.

Zaman British

Pada tahun 1945, apabila kerajaan British merampas semula pemerintahan daripada pihak Jepun, perjalanan sekolah diteruskan sama seperti keadaan sebelum zaman kedatangan Jepun. Murid-murid telah bertambah di Sekolah Melayu Perempuan iaitu seramai 100 orang murid  dan Sekolah Melayu Laki-laki seramai 150 orang.

Pada 1951, sebuah bangunan baru di JKR 608 dan Sekolah Melayu Laki-laki telah dirobohkan. Pada tahun yang sama juga, tahun 6 telah diwujudkan.

Pada tahun 1953, sebuah lagi bangunan baru didirikan di JKR 619. Bangunan tersebut mengandungi 4 bilik darjah dan 2 rumah guru.

Pada tahun 1954, Sekolah Melayu Perempuan telah ditutup dan murid-murid perempuan telah diserap ke sekolah yang sama dengan murid-murid lelaki. Guru besar pada ketika itu ialah En Abu Bin Ishak.

Tahun Merdeka

Pada tahun 1957, Sekolah Melayu telah ditukarkan kepada Sekolah Umum. Beberapa tahun kemudian Sekolah Umum telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan dan digunakan sehingga sekarang.

Pada tahun 1984, bangunan 4 bilik darjah didirikan di JKR:1265. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) sebuah tapak sekolah 3/4 km jaraknya dari tapak sedia ada,telah dibeli oleh kerajaan. Tanah Lot No:1335, 1336 dan 215 dengan keluasan 10 ekar itu dibeli bagi membina sekolah.

Pada 1990, sebuah bangunan 3 tingkat didirikan di atas tanah tersebut. Pembinaan sekolah tesebut telah menelan belanja sebanyak RM1.2 juta dengan bantuan Bank Dunia. Bangunan ini mengandungi 12 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik guru, 1 bilik sumber dan tayangan, 1 surau, 4 bilik tandas murid, 2 tandas guru, 3 stor dan 1 bilik kemahiran hidup. Selain itu, tempat letak basikal dan padang sekolah juga telah disiapkan.

Bangunan sekolah ini siap sepenuhnya dan telah mula digunakan pada 19 September 1993. Semua bangunan lama yang berada di tapak sekolah lama iaitu di Lot No:316 dan 1914 dilupuskan. Bangunan sekolah yang baru ini diguna sehingga ke hari ini dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Setar.

Senarai Nama Guru Besar.

1.  En. Leai Din (1889-1907)
2.  En. Md Zain B. Taib (1907-1910)
3.  En. Mohd Yassin B. Amir (1910-1914)
4.  Tn. Hj Ashiron B. Awing (1914-1920)
5.  Tn. Hj Hassan B. Ahmad (1920-1934)
6.  En. Aminon B. Md Yusof (1934-1939)
7.  En. Abu B. Ishak (1939-1960)
8.  En. Mohd Taib B. Salleh (1960-1970)
9.  En. Abdul Hadi B. Hj Karim (1970-1978)
10. En. Ramli B. Taha (1978-1980)
11. En. Ariffin B. Mahmud (1980-1983)
12. En. Ahmad B. Abdullah (1983-1984)
13. Tn. Hj Mohd Saad B. Zakaria (1984-1986)
14. En. Baharom B. Saadon (1986-1989)
15. Tn. Hj Mohd Johor B. Ramli (1989-1994)
16. En. ABd Hanif B. Ishak (1994-1996)
17. Pn. Hjh Halimah Bt. YaakoB (1996-1998)
18. Tn. Hj Mohd Noor B. Md Desa (1998-2000)
19. En. Zainal ABidin B. Hashim (2000-2001)
20. Pn. NorBaizura Bt. Rahmat (2001-2006)
21. Hj. Mohamad B. Hj Aman (2006-2009)
22. Pn. Ruhayah Bt. Hassim (2009-sekarang)
 
Top