Dilancarkan pada 27 Januari 2005. Majlis Pelancaran Bersama oleh Y.B. Dato Sri Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia di SMK Bandar Baru Bangi.
OBJEKTIF
- Memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
- Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
HASRAT
- Satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau.
- Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
KONSEP
- Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
- Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan sekolah.