Majlis penyerahan wang bantuan RM100 kepada murid-murid adalah majlis yang diarahkan oleh pihak pihak kementerian pelajaran Malaysia bagi membantu kerajaan menyalurkan wang bantuan RM100 kepada ibubapa / penjaga yang berkelayakan.

Bantuan ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mengurangkan beban dalam membeli peralatan persekolahan anak-anak mereka. Bantuan RM100 ini hanya melibatkan murid yang keluarga berpendapatan di bawah RM 3000.

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di SK Sg Setar telah dijalankan pada hari rabu, 17 Februari 2016. Majlis penyerahan wang bantuan awal di SK Sungai Setar telah berjalan lancar dengan kehadiran ibubapa / penjaga yang memberangsangkan.





Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top