Bagi menghargai kejayaan pasukan bola tampar perempuan sekolah, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis ringkas bagi menyampaikan medal dan penghargaan kepada pemain-pemain bola tampar perempuan.

Majlis tersebut dijalankan pada 1 Februari 2016, semasa perhimpunan sekolah. Majlis tersebut juga bertujuan bagi menyuntik semangat pasukan-pasukan lain yang bakal mewakili sekolah kelak pada pertandingan-pertandingan lain pada masa hadapan.

Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Pasukan Bola Tampar Perempuan kerana telah mengharumkan nama sekolah.






Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top