Pada sabtu lepas, iaitu pada 30 Januari 2016, pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun SK Sg Setar telah menyertai pertandingan antara sekolah-sekolah peringkat daerah Kerian.

Pasukan sekolah yang dipimpin oleh Pn Atikah dan Cik Wan Ni Aswani telah menunjukkan prestasi yang baik sehingga telah mendapat ke-3. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah mengharumkan nama sekolah.

Diharap dengan kejayaan yang dicapai ini akan menyemarakkan semangat murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang dalam apa jua acara / kejohanan yang disertai pada masa akan datang.

Sekali lagi Tahniah! buat pasukan bola tampar perempuan.






 

0 comments:

Post a Comment

 
Top