Pada hari isnin yang lalu, pihak jawatankuasa displin sekolah dengan kerjasama pusat media sekolah telah menganjurkan Watikah Pelantikan Pengawas,Ketua dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2016. Watikah perlantikan yang telah dilaksanakan ini bertujuan mengiktiraf secara rasmi perlantikan pengawas-pengawas sekolah serta ketua dan penolong ketua kelas.

Majlis tersebut telah dijalankan pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En Harun bin Yahaya kepada semua murid yang telah dilantik.

Pihak sekolah amat berharap pengawas-pengawas, ketua dan penolong ketua kelas dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.





Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top