Pada 21 Januari 2016, pihak syarikat Nestle Sdn Bhd melalui jenama MILO telah berkerjasama dengan pihak SK Sg Setar bagi menganjurkan aktiviti senamrobik.

Aktiviti senamrobik yang dijalankan bertujuan mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah melalui aktiviti senamrobik supaya ia menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti yang bermula pada jam 7.40 pagi itu telah dipimpin oleh Pn Fauziah bt Abd Wahab dan beberapa guru wanita SK Sg Setar. Aktiviti senamrobik telah berlangsung selama lebih kurang 30 minit.

Murid-murid dan seluruh warga SK Sg Setar juga telah dihidangkan dengan minuman MILO secara percuma selepas tamat aktiviti tersebut.






Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top