Pada 22 Februari 2016, SK Sg Setar telah melancarkan Program Guru Penyayang 2016 yang dirasmikan oleh guru besar SK Sg Setar, Pn Ruhayah Bt Hassim.

Pelancaran ini secara tidak langsung bertujuan untuk mehebahkan kepada warga sekolah khususnya dan komuniti ibu bapa penjaga amnya bahawa pihak sekolah komited bagi melahirkan budaya penyayang di sekolah.

Pada majlis pelancaran ini, seramai 10 orang murid bertuah yang berbasikal ke sekolah telah menerima sumbangan lampu keselamatan elektronik dari pihak sekolah. Tujuan sumbangan ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan di jalan raya dan menunjukkan sikap prihatin sekolah terhadap keselamatan dan kesejahteraan murid-murid SK Sg Setar.





Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top