Program "Reuse, Reduce & Recycle" (3R) merupakan satu program yang telah sinonim dengan SK Sungai Setar. Program 3R yang dijalakan di peringkat sekolah sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga SKSS.

Majlis Pelancaran Program 3R peringkat sekolah bagi tahun 2016 telah dijalankan pada Isnin lepas iaitu pada 1 Februari 2016. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung semasa perhimpunan rasmi sekolah dengan penglibatan semua murid.

Bagi menggalakkan pembabitan murid dengan lebih berkesan, pihak sekolah menganjurkan pertandingan secara berkumpulan mengikut kelas masing-masing.





Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top