Kejohanan merentas desa peringkat daerah bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 21 Januari 2017, di SMK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah kali ini menghantar seramai 5 orang murid bagi menyertai kejohanan tersebut. Kedudukan terbaik yang berjaya diperoleh adalah tempat ke 33, iaitu adik Muhammad Nashriq bin Izehar.

Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah menyertai kejohanan ini kerana telah memberikan komitmen dan usaha yang baik sepanjang berlangsung kejohanan tersebut.



0 comments:

Post a Comment

 
Top