Oleh Aziehakim

Sk Sungai Setar - Pada 5 April 2012 yang lalu sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Hutan Taiping. Rombongan ini terdiri daripada 35 orang murid dari tahun 5 dan di iringi oleh 5 orang guru termasuk Guru Besar dan Pk Koko sekolah ini. Tujuan lawatan ini ialah untuk menyertai projek menanam anak bakau sempena Projek Kesedaran Alam Sekitar anjuran Pejabat Hutan Bakau.

Selain itu ia juga diharapkan dapat menyemai perasaan sayang kepada ekosistem semulajadi apabila murid mengalami sendiri pengalaman di habitat sebenar bakau. Sebelum menjalankan aktiviti menanam anak bakau semua ahli telah ditaklimatkan oleh Pegawai Pejabat Perhutanan Taiping terlebih dahulu. Selesai menjalankan aktiviti menanam anak bakau semua murid diberi peluang menikmati pemandangan di Kuala Sepetang. Rombongan bertolak pulang ke sekolah selepas selesai menikmati makan tengahari. 

  
Semua murid mendengar taklimat sebelum aktiviti dijalankan 



Anak bakau yang telah siap ditanam
Anak bakau
Semua murid mengambil bahagian menanam anak bakau
 

0 comments:

Post a Comment

 
Top