Oleh Aziehakim
Sk Sungai Setar - Pada hari Khamis 16 Mei 2012 yang lalu sekolah ini telah mengadakan sambutan Hari guru peringkat sekolah. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ' Guru Inovatif Melonjak Transfomasi Pendidikan Negara'.  Sambutan yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah dimulai dengan acara senamrobik. Acara ini telah menjadi acara tahunan apabila mendapat sambutan dari semua guru. Aerobik ini telah di bimbing oleh Cikgu Fauziah bersama murid tahun 5. 

Untuk memeriahkan suasana lagi beberapa acara sukaneka telah di atur seperti tiup tepung, baling tutup botol, kipas bola pingpong dan baling belon air. Acara ini berjaya menggamatkan suasana kerana semua guru sangat 'sporting' dan bersungguh - sungguh dalam menjayakan aktiviti ini. 

Aerobik dibimbing oleh Cikgu Fauziah dan murid tahun 5
Semua murid turut melibatkan diri


Suma sportingla...

Acar tiup tepung

Acara kipas bola pingpong

Acara baling tutup botol

Persembahan guru

Semua murid berkumpul di dewan untuk acara seterusnya selepas rehat. Selesai sahaja pembacaan perutusan dan ucapan perasmian, semua guru akan menyanyikan beberapa buah lagu semena hari guru. Akhir sekali adalah acara penyampaian hadiah daripada Kelab Guru, PIBG, cabutan bertuah dan pertukaran hadiah. Terima kasih diucapkan kepada ajk yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini terutamanya setiausaha Sambutan Hari Guru 2012. 

0 comments:

Post a Comment

 
Top