Satu majlis restu ilmu bagi calon-calon UPSR 2015 telah dijalankan sebentar tadi, pada 7 September 2015, sejurus selepas waktu perhimpunan pagi.

Majlis ini bertujuan memberi peluang kepada calon-calon UPSR 2015, iaitu murid-murid tahun 6 bagi memohon restu dan memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan kepada guru-guru yang telah mengajar dan mendidik mereka selama ini.

Majlis ringkas ini telah dijalankan di tapak perhimpunan sekolah, dengan melibatkan semua guru SK Sungai Setar dan calon-calon UPSR. Semoga dengan restu yang telah diberikan ini akan dapat menambah keyakinan diri murid-murid Tahun 6 SK Sungai Setar dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang dijadualkan bermula esok, 8 September 2015.

Pihak sekolah amat berharap agar semua calon dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR 2015 dengan tenang, yakin dan penuh rasa semangat untuk berjaya.

Seluruh warga SK Sungai Setar sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk anda.





Album lengkap Majlis Restu Ilmu, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top