Gotong-royong perdana bagi tahun 2015 telah dijalanan pada hari sabtu yang lalu iaitu pada 12 Septeember 2015. Gotong-royong ini melibatkan hampir kesemua warga SKSS bagi mencantikkan dan menceriakan kawasan sekolah.

Kerja-kerja yang dilakukan termasuk mengecat pondok-pondok bacaan, mencuci kolam, menghias kelas, mengecat dan mencantikkan mural-mural sekitar kawasan sekolah dan mengemas bilik-bilik khas.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam membantu menjayakan gotong-royong perdana ini.







Album lengkap majlis gotong-royong, klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top