Pada 15 september 2015 yang lalu, pihak sekolah melalui jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang untuk hadir ke sekolah. Lawatan aktiviti yang dilakukan merupakan upacara tahunan yang dilakukan setiap tahun untuk memupuk minat murid dalam membaca.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Hampir kesemua murid SKSS terlibat dalam aktiviti yang dirancangkan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap masing-masing.

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang juga telah membawa perpustakaan multimedia  bergerak dalam lawatan mereka pada kali ini. Murid-murid SKSSS telah diberi peluang secara bergilir-gilir untuk mencuba merasai kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan bergerak itu.







Bagi melihat album lengkap aktiviti bersama Perbadanan Perbadanan Awam Pulau Pinang, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top