Sambutan bulan kemerdekaan yang telah bermula dari 16 Ogos 2015 kini telah sampai ke penghujungnya. Majlis kemuncak Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada hari khamis, 17 september 2015.

Majlis yang pada asalnya dirancang untuk dilangsungkan di dewan terbuka terpaksa dipindahkan ke dewan tertutup kerana keadaan cuaca yang hujan.Namun dengan kerjasama guru-guru dan murid-murid SKSS, majlis tersebut telah berjalan tanpa sebarang masalah.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 pagi dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid pra seolah (enam tahun) dan tahap 1. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara pertandingan pakaian beragam murid-murid pra sekolah (lima tahun).

Persembahan nyanyian oleh murid-murid tahap 2 menutup tirai aktiviti sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan penutupan oleh GPK Koku SKSS, Tn Hj Jamaluddin B. Jali. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pakaian beragam pra sekolah.

Secara keseluruhannya, majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dan majlis penutupannya berjalan dengan baik. Majlis tersebut tamat sekitar jam 12 tengah hari dan murid-murid pulang ke kelas masing-masing.








Bagi melihat album penuh Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Majlis Penutup, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top