Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak telah mengadakan Majlis Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Rambu Pengakap Kanak-kanak 2015 pada 12 September 2015 yang lalu. Majlis tersebut telah dilangsungkan di Dewan Besar, Rumah Rehat Teluk Intan, Teluk Intan, Perak.

Anugerah Kecemerlangan ini adalah sebagai tanda penghargaan tertinggi dari Persekutuan Pengakap Malaysia kepada Pengakap Kanak-kanak yang telah berjaya menjalani latihan Skema Latihan Pengakap Kanak-kanak sepanjang persekolahan mereka di sekolah rendah. Semoga dengan penghargaan ini mereka akan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Pihak sekolah telah mengadakan majlis penyampaian sijil dan rambu kepada peserta di sekolah pada Isnin berikutnya. Majlis penyampaian yang dijalankan di sekolah adalah bagi memupuk semangat dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar lain agar dapat berusaha bagi mencapai kejayaan yang sama atau lebih baik.






Album lengkap Majlis ini, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top