Oleh Azie Hakim
Sungai Setar - Pada 26 Jun yang lalu sekolah ini telah mengadakan kem unit beruniform bagi tahun ini. Aktiviti yang bermula seawal jam 7.30 ini dimulakan dengan pendaftaran dan diikuti dengan taklimat oleh kem komendan iaitu Pn Noratikah bt Hasan. Selesai taklimat semua murid diberi sarapan nasi lemak bersama teh panas. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mendirikan khemah. Aktiviti ini bertujuan agar semua murid berpeluang dan merasai pengalaman mendirikan khemah. Aktiviti mendirikan khemah ini telah dimenangi oleh TKRS.

Seterusnya berlansung pula aktiviti mencari harta karun. Aktiviti ini dilihat banyak menggunakan minda dan memerlukan kerjasama dari semua murid. Seterusnya setiap unit diminta untuk memasak makanan mereka sendiri dengan menggunakan bahan - bahan yang disediakan. Setiap unit diminta menunjukkan kreativiti dan kemahiran memasak masing - masing. Pertandingan memasak ini telah dimenangi oleh Pengakap. Aktiviti seterusnya berlansung setelah semua murid berhenti rehat seketika untuk solat dan membersihkan diri. 

Pada sebelah petang pula berlansung persembahan dari semua unit.Persembahan yang berupa muzikal sketsa dan bertemakan alam sekitar ini telah dimenangi oleh unit PPIM. Kemuncak kem ini ialah majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Pemenang keseluruhan unit beruniform pada tahun ini ialah pasukan Pengakap, tempat kedua TKRS diikuti oleh PPIM dan BSSM. Semua murid dibenarkan pulang setelah menikmati minum petang yang disediakan.

 Sesi pendaftaran

 Taklimat dan bacaan doa
Semua murid menikmati sarapan nasi lemak dan teh panas
Acara pertama ialah aktiviti mendirikan khemah

 Murid - murid berusaha menyelesaikan tugasan dalam aktiviti mencari harta karun

Pertandingan memasak antara unit beruniform

Hasil kreativiti BSSM

Hasil kreativi PPIM

Hasil kreativiti Pengakap yang berjaya mendapat tempat pertama

Gaya persembahan masakan daripada TKRS

Persembahan PPIM yang mendapat pujian ramai

Gaya persembahan daripada TKRS

Persembahan daripada Pengakap

Persembahan daripada BSSM

Pn Zaharani bt Othman, Pk Kokurikulum selaku hakim bersama hakim jemputan.


0 comments:

Post a Comment

 
Top