Pada jumaat yang lalu, iaitu pada 10 Julai 2015 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1436H, pihak panitia agama telah menganjurkan satu majlis bagi merasmikan penutupan program Ihya' Ramadhan bagi tahun 1436H.

Majlis penutupan tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengah hari. Majlis yang djalankan di dewan tertutup sekolah melibatkan kesemua warga SK Sungai Setar. Majlis penutupan tersebut dimulakan dengan Majlis Khatam Taddarus Al-Quran yang disertai oleh kumpulan-kumpulan taddarus Al-Quran.

Selain itu, pihak panitia agama dan sekolah juga telah menyampaikan hadiah kepada murid yang memenangi pertandingan dan kuiz sepanjang program Ihya' Ramadhan berjalan pada majlis ini.

Dalam majlis itu juga, bantuan baju raya dan sumbangan duit raya telah diberikan kepada anak-anak yatim daripada kalangan murid SK Sungai Setar. Selain itu, setiap murid SK Sungai Setar juga tidak terkecuali daripada mendapat duit raya sumbangan dari pihak sekolah dan guru-guru.









Bagi melihat album lengkap Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top