Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran kali ke-2 bagi tahun 2015. Peserta majlis yang dijalankan pada kali ini adalah tertumpu kepada murid-murid Tahun 6 sahaja. 

Majlis yang dijalankan ini juga diadakan sebagai simbolik kepada murid-murid Tahun 6 yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran semasa di SK Sungai Setar. Majlis yang dijalankan secara ringkas ini hanya melibatkan murid-murid tahap 2 dan berakhir sekitar jam 9.00 pagi.

Majlis penyampaian sijil khatam turut disampaikan oleh guru besar kepada murid-murid tahun 6.







0 comments:

Post a Comment

 
Top