Pihak Prasekolah SK Sungai Setar telah menjemput MarryBrown Parit Buntar bagi menjalankan aktiviti bersama pihak prasekolah pada 5 Mei yang lalu.

Aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti yang dirancang oleh pihak prasekolah adalah bagi mendedahkan murid pra kepada pihak-pihak luar yang sudi memberi perhargaan dan sumbangan ilmu kepada sekolah.

Aktiviti yang dijalankan melibatkan murid pra 5 dan 6 tahun dan berjalan selama lebih kurang 2 jam. Murid-murid pra juga telah disumbangkan kopun-kopun MarryBrown yang menjimatkan khusus kepada murid-murid.

Murid-murid prasekolah juga telah dihidangkan dengan sajian dari MarryBrown pada akhir sesi bersama pihak MarryBrown.





0 comments:

Post a Comment

 
Top