Sepanjang Bulan Ramadhan pada tahun ini, pihak panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru SK Sungai Setar telah bersama-sama berkerjasama dalam menjayakan program Ihya' Ramadhan.

Program yang dirancang dan dibimbing oleh guru-guru pendidikan Agama Islam diadakan pada setiap hari persekolahan melibatkan semua murid. Program yang diatur itu telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada awal pagi dan pada waktu rehat tahap 1 dan tahap 2.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti hafazan surah lazim, kuiz pendidikan Islam, dzikir munajat dan taddarus al-quran.






Bagi melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top