Pada 22 November yang lalu, satu majlis terbesar yang telah dirancang seawal Januari 2016 telah dijalan di SK Sg Setar. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan persaraan guru besar cemerlang yang disayangi oleh warga SK Sg Setar.

Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari seluruh sekolah rendah daerah kerian. Pelbagai persembahan termasuk pencak silat, persembahan multimedia dan bicara berirama telah disajikan kepada guru besar kesayangan SK Sg Setar.

Sebagai makluman, Pn Ruhayah Bt Hassim, Guru Besar SK Sg Setar telah berkhidmat selama lebih kurang 8 tahun di SK Sg Setar. Sepanjang beliau berada di sini, beliau amat dikenali dengan ketegasan dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas beliau disekolah.

Walaupun tegas, Pn Ruhayah merupakan seorang individu yang mudah didekati dan amat mesra dengan seluruh warga SK Sg Setar. Jasa dan sumbangan terbesar beliau adalah menaikkan nama sekolah di peringkat antarabangsa melalui program kitar semula.

SK Sg Setar telah beberapa kali mendapat tempat di pertandingan peringkat kebangsaan dan merupakan sekolah yang paling aktif dalam menyedarkan masyarakat berkaitan program kitar semula dalam daerah Kerian.

Selamat bersara buat Pn Ruhayah. Seluruh warga SKSS mengucapkan terima kasih kepada cikgu di atas jasa dan sumbangan sepanjang berada di SK Sg Setar.





0 comments:

Post a Comment

 
Top