Sungai Setar- Satu ceramah antidadah telah diadakan di sekolah ini pada 5/5/2010 yang lalu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai dari Agensi Antidadah Dadah Kebangsaan Daerah Kerian. Ceramah yang berlansung selama lebih kurang 2jam ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bahayanya dadah kepada semua rakyat malaysia terutamanya murid - murid sekolah. Murid - murid juga diingatkan agar menghargai diri sendiri kerana merekalah yang akan menjadi pelapis bagi mentadbir negara satu hari kelak.
Selain ceramah, pihak AADK turut mengadakan mini pameran di dewan terbuka SKSS. Kempen antidadah ini sebenarnya telah berjalan selama seminggu bermula dari majlis perlancaran pada 3/5/2010. Majlis perlancaran antidadah peringkat sekolah ini telah dirasmikan oleh Pn Ruhayah bt Hassim, Guru besar SKSS. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembacaan ikrar oleh murid, penyampaian sajak dan pertandingan mewarna di sepanjang minggu tersebut.
Diharapkan dengan kempen dan ceramah sebegini akan memberi kesedaran tentang bahayanya najis dadah kepada semua rakyat malaysia. Usaha untuk membanteras najis dadah ini bukan sahaja dipikul oleh badan yang dipertanggungjawabkan tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita semua.
semasa sesi penyampaian ceramah
sesi soal jawab
penyampaian hadiah pemenang pertandingan mewarna
mini pameran di Dewan Terbuka SKSS
0 comments:
Post a Comment