KUALA LUMPUR 9 Okt. - Keputusan Kementerian Pelajaran tidak meneruskan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam format sekarang tetapi diubah kepada format baru melalui penilaian berasaskan sekolah merupakan langkah yang baik untuk masa hadapan sistem pendidikan negara.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, langkah untuk sangat tepat dengan keperluan semasa.
Katanya, tindakan mengekalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek juga perlu bagi menguji tahap pencapaian murid di sekolah rendah sebelum beralih ke sekolah menengah.
"Saya bersetuju UPSR dikekalkan tetapi kita tidak boleh semata-mata berharap kepada UPSR untuk mengukur pencapaian murid sekolah rendah, sebaliknya satu sistem pelaksanaan ujian yang dikendalikan oleh guru sekolah harus diterapkan.
"Justeru, kita perlu melahirkan golongan guru yang mampu melaksanakan satu sistem ujian di sekolah yang setaraf dengan UPSR bagi mengimbangi perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pendidikan negara menjelang 2016," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Presiden Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut menyambut baik cadangan tersebut dan menganggap ia satu resolusi baru kepada pembangunan sistem pendidikan negara.
Katanya, ia langkah yang positif daripada pihak kerajaan dan berharap sistem pendidikan negara akan lebih stabil selepas ini.
Sementara itu, Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar pula meminta kerajaan memastikan kurikulum yang seragam dilaksanakan berikutan pembaharuan dalam sistem peperiksaan berkenaan.
"Satu sistem yang lebih memberi penekanan kepada aspek amali perlu dilaksanakan berbanding mementingkan teori seperti yang terdapat dalam PMR sebelum ini," katanya.
Utusan Malaysia Online: 10 Oktober 2010
Home
»
»Unlabelled
» FORMAT BARU PMR
Recent Posts
PROGRAM JAYA WARIS 2017
03 Feb 20170Program Jaya Waris merupakan satu program dibawah unit penyelaras tahun 6 yang diadakan setiap tahun...Read more »
PROGRAM LADAP PENDIDIKAN ABAD KE-21
30 Jan 20170Pada 25 Januari 2017 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan satu program latihan dalam perkhidm...Read more »
CUTI SEMPENAN TAHUN BARU CINA 2017
24 Jan 20170Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2017 jatuh pada hari sabtu dan ahad akan datang iaitu pada 28...Read more »
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH KERIAN.
21 Jan 20170Kejohanan merentas desa peringkat daerah bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 21 Januari 2017, di S...Read more »
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2017
18 Jan 20170Pada 16 Januari yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan majlis watikah perlantikan pengawas bagi s...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.