MBMMBI atau Memartabatkan
Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus
utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan
dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi
teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.
Memartabatkan Bahasa Malaysia
bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara
152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa
maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib
dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan
antarabangsa.
Peranan
Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa
Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan
modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
2. Asas
Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara
berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan
pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan
dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang
betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
Didik
Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan
dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan
produk.
Penggunaan
Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang
betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia.
Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas
standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti
perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang
bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk
menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa,
para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk
berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Program
Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia
(KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM
diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan
sastera dapat ditingkatkan.
Guru
Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.
Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan
pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan
bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
Persekitaran
Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan
dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan
saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk
P&P.
Bahasa
Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari
Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu
melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa
Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat
1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
Kolaborasi
Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi
yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan
menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
0 comments:
Post a Comment