Pada jumaat yang lalu, iaitu pada 10 Julai 2015 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1436H, pihak panitia agama telah menganjurkan satu majlis bagi merasmikan penutupan program Ihya' Ramadhan bagi tahun 1436H.
Majlis penutupan tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengah hari. Majlis yang djalankan di dewan tertutup sekolah melibatkan kesemua warga SK Sungai Setar. Majlis penutupan tersebut dimulakan dengan Majlis Khatam Taddarus Al-Quran yang disertai oleh kumpulan-kumpulan taddarus Al-Quran.
Selain itu, pihak panitia agama dan sekolah juga telah menyampaikan hadiah kepada murid yang memenangi pertandingan dan kuiz sepanjang program Ihya' Ramadhan berjalan pada majlis ini.
Dalam majlis itu juga, bantuan baju raya dan sumbangan duit raya telah diberikan kepada anak-anak yatim daripada kalangan murid SK Sungai Setar. Selain itu, setiap murid SK Sungai Setar juga tidak terkecuali daripada mendapat duit raya sumbangan dari pihak sekolah dan guru-guru.
Bagi melihat album lengkap Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan, sila klik di sini.
Related Posts
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016
24 Nov 20160Pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan sokongan terhadap usaha dan kesungguhan murid dalam menge...Read more »
IFTAR RAMADHAN SK SUNGAI SETAR 2016
05 Jul 20160Pada 27 Jun 2016 yang lalu, telah berlangsung majlis berbuka melibatkan warga SK Sungai Setar, peker...Read more »
MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA' RAMADHAN
02 Jul 20160Majlis penutupan Program Ihya' Ramadhan telah dijalankan pada 1 Julai 2016 iaitu pada akhir hari per...Read more »
PROGRAM IHYA' RAMADHAN
22 Jun 20160Sepanjang Bulan Ramadhan pada tahun ini, pihak panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru S...Read more »
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN
05 Jun 20160Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga sekolah dan komuniti yang m...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.