Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Sungai Setar merupakan PSS cemerlang peringkat negeri Perak bagi tahun 2015. PSS SKSS mempunyai jaringan kerjasama yang erat dengan pihak PKG Parit Buntar dan sekolah-sekolah sekitar Parit Buntar.

Pada tahun ini, PSS SKSS sekali lagi diberi peluang untuk bertanding ke peringkat negeri Perak bagi tahun 2015. Dengan segala persiapan yang menyeluruh dari persedian fail sehingga ke pengurusan bilik-bilik khas, PSS SKSS berada dalam tahap yang memuaskan dan bersedia untuk sekali lagi bertanding ke peringkat negeri.

Pihak pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak telah hadir ke SKSS pada 15 September 2015 yang lalu untuk memantau dan menilai tahap kecemerlangan PSS SKSS. Pemantauan tersebut melibatkan 3 orang pegawai dari BTPN iaitu En Mohd Rizal B Mohd Termizi, En Mohd Izani B Zainuddin dan En Zulhilmi B Rosli,

Pemantauan yang bermula sekitar jam 10.00 pagi, mengambil masa lebih dari 5 jam dan tamat pada jam 3.15 petang. Pegawai-pegawai dari BTPN telah diberi taklimat tentang PSS SKSS melalui persembahan multimedia oleh guru besar SKSS, Pn Ruhayah Bt Hassim dan guru media, Pn Salina Bt Musa.

Semoga pihak PSS SKSS dapat mencapai cita-cita untuk sekali lagi berjaya menjadi PSS Cemerlang peringkat negeri Perak pada tahun ini.




Bagi melihat gambar-gambar lain yang berkaitan dengan pemantauan PSS Cemerlang 2015, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top