Pada hari khamis yang lalu, pihak pengurusan prasekolah telah menganjurkan Kem Comel Prasekolah. Kem tersebut melibatkan murid-murid prasekolah 6 tahun dan 5 tahun. Pengurusan kem itu juga dibantu oleh beberapa 'guru muda' yang terdiri dari murid-murid tahun 6.

Kem yang dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti kokurikulum dan secara tidak langsung dapat memupuk minat mereka untuk belajar. Kem yang bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.

Secara keseluruhannya, Kem Comel Prasekolah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.




0 comments:

Post a Comment

 
Top