Program NILAM dan program FROG VLE merupakan antara program utama sekolah yang dijalankan di peringkat sekolah dengan bimbingan dan dorongan daripada pihak PKG Parit Buntar.
SK Sungai Setar telah menjalankan majlis perasmian bagi kedua-dua program tersebut pada hari yang sama dengan pelancaran Program Guru Penyanyang, iaitu pada 22 Februari 2016 yang lalu. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Parit Buntar, En. Abdul Basit B. Mohamed Noor dan En.Kamaruzaman B. Haji Ishak, bagi merasmikan kedua-dua program yang dilancarkan.
Pada majlis yang sama, En.Kamaruzaman B. Haji Ishak atau lebih dikenali dengan nama En. KZ telah mengumumkan tentang ranking dan prestasi FROG VLE SKSS yang membanggakan. Secara keseluruhannya, ranking sekolah meningkat dari semasa ke semasa. SKSS telah tersenarai di kedudukan ke-4 pada minggu terakhir bulan Februari 2014. Tahniah kepada semua guru, murid dan warga SKSS yang terlibat.
Bagi terus menggalakkan penggunaan FROG VLE di sekolah dan di rumah, pihak pegurusan makmal sekolah juga telah memberi penghargaan kepada murid dan guru yang telah mendapat login tertinggi pada bulan Februari.
Bagi melihat album lengkap, sila klik pada link di bawah:
ALBUM PERASMIAN PROGRAM NILAM
Home
»
Aktiviti
»
Kurikulum
» MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PROGRAM FROG VLE PERINGKAT SEKOLAH
Related Posts
PROGRAM LADAP PENDIDIKAN ABAD KE-21
30 Jan 20170Pada 25 Januari 2017 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan satu program latihan dalam perkhidm...Read more »
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2017
18 Jan 20170Pada 16 Januari yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan majlis watikah perlantikan pengawas bagi s...Read more »
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
03 Jan 20170Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2017. Sesi persekolahan bagi ...Read more »
JADUAL WAKTU UPSR 2016
08 Aug 20160Berikut merupakan jadual waktu bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Sila klik pada gamba...Read more »
MOCK TEST 1 - TAHUN 6
17 Jun 20160Pihak sekolah akan menjalankan MOCK TEST 1 bermula pada isnin hadapan. Ujian yang dijalankan merupak...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.