Sk Sungai Setar- Pada hari Jumaat, 17 September 2010 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2010. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dan di sertai oleh ibu bapa murid Tahun 6 serta semua guru-guru Sk Sungai Setar. Majlis berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Selamat berjaya kepada semua pelajar Tahun 6. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR dan sekaligus mengharumkan nama Sk Sungai Setar pada tahun 2010 ini. Syukran Jazilan.
 






0 comments:

Post a Comment

 
Top