Sk Sungai Setar- Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan pada Ilahi kerana kita dapat lagi merasai nikmat kemerdekaan di muka bumi ini. Semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan dengan cara yang tersendiri. Sk Sungai Setar juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan hari kemerdekaan negara kita, Malaysia yang ke 53 dengan motto 1 Malaysia Menjana Transformasi. Sambutan kemerdekaan ini telah berlangsung secara berperingkat dengan tayangan video, pertandingan mewarna, pertandingan kain rentang, dan di susuli dengan pertandingan mendeklamasikan sajak. Majlis penutup sambutan kemerdekaan telah di jalankan pada hari Isnin, 30 hb Ogos 2010 bermula jam 7.30 pagi bertempat di kantin Sk Sungai Setar. Sambutan kemerdekaan ini mendapat sambutan yang sangat membanggakan daripada seluruh warga Sk Sungai Setar dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Syukran Jazilan.  

Lagu 1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan merapat-rapat

Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x




             

0 comments:

Post a Comment

 
Top