Oleh Aziehakim
Sabtu 25 Mac 2011 - Sk Sungai Setar telah mengadakan sambutan Hari Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 8.3.2001 (Khamis). Majlis anjuran panitia Pendidikan Islam yang bermula pada jam 7.30 pagi melibatkan semua warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, membawa sepanduk sambil berselawat dan ceramah daripada Ustaz Hazbullah dari Sk Megat Aris. Antara aktiviti lain ialah pertandingan mewarna bagi murid tahap satu dan lukisan (kolaj) bagi tahap 2 untuk kategori individu. Bagi kategori berkumpulan pula setiap persatuan diminta menghasilkan 1 sepanduk. Semua pertandingan ini dijalankan sewaktu P n P dan kokurikulum.



0 comments:

Post a Comment

 
Top