Murid - murid bersemangat melaungkan ikrar tak mahu ponteng
Sungai Setar - 4 April 2011, Unit Disiplin Hal Ehwal Murid sekolah ini telah melancarkan progran anti ponteng peringkat sekolah. Program ini telah dilancarkan pada 4 April dan telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar sekolah ini. Program ini akan berlansung selama 3 bulan bermula 1 April - 30 Jun 2011 dan sasaran adalah dikalangan semua murid. Matlamat program ini ialah menangani masalah tidak hadir tanpa sebab dan meningkatkan peratus kehadiran murid - murid dari 93.2% pada 2010 ke 96% pada tahun 2011. Antara strategi lain pelaksanaan program ini ialah  mengadakan kerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling, mengadakan pemuafakatan dengan PIBG serta countdown mingguan murid tidak hadir dan ponteng.

0 comments:

Post a Comment

 
Top