oleh Aziehakim
Sk Sungai Setar - Sayuran yang dihasilkan dari baja organik bukan sahaja selamat dari sisa kimia malah ianya juga mesra alam, itulah yang sedang cuba dipraktikkan di sekolah ini. 

Dengan itu bagi tujuan mendidik semua guru dan murid serta warga sekolah ini, salah satu usaha ke arah melestarikan sekolah, pihak sekolah telah menjemput seorang wakil dari QADHIJAH NATURAL FARM iaitu En.Syaifful Nizam, Pakar Natural Farming yang sudi mengajar serta memberi khidmat nasihat untuk menghasilkan baja natural farming. Baja NF disediakan melalui proses osmosis dengan menggunakan bahan - bahan disekeliling ladang seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan sisa tanaman bersama gula. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada QADHIJAH NATURAL FARM diatas semua jenis bantuan yang telah disumbangkan kepada pihak sekolah.
Taklimat sebelum proses penghasilan NF oleh En Syaifful Nizam
Buah pisang yang telah diramas

Campuran semua bahan ditutup dan diperam selam 5 -7 hari
Semua murid menunjukkan minat semasa penerangan  mengenai NF





0 comments:

Post a Comment

 
Top