Sungai Setar- Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga selepas melalui beberapa perlawanan peringkat kelompok. Ternyata usaha gigih guru - guru pembimbing dan kerjasama yang baik daripada murid telah terbalas sehingga menempa kejayaan ini. 

Sekolah turut merakamkan penghargaan yang tidak ternilai kepada jurulatih pasukan sekolah iaitu En Farid yang amat komited dalam melatih mereka. Rentetan itu 3 orang daripada ahli pasukan bola jaring sekolah iaitu Nurhaziqah murid tahun 6 Melur, Nurshazwani dan NurAliah murid tahun 5 Melur ini telah terpilih untuk mengikuti latihan berpusat bagi mewakili daerah, berkat usaha tersebut telah membuahkan hasil apabila pasukan ini telah mendapat tempat ketiga pada peringkat daerah dan 2 orang daripada murid sekolah ini layak terpilih untuk keperingkat seterusnya. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka, diharap pasukan ini mampu melakar kejayaan pada peringkat negeri pula nanti.

Nurshazwani bt Ramli murid tahun 5 Melur
Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang



Beberapa perlawanan bersama sekolah- sekolah kelompok 1


0 comments:

Post a Comment

 
Top