oleh Aziehakim
Sungai Setar - Sekolah ini telah melancarkan sambutan Bulan Membaca 2013 bermula pada 1 hingga 31Julai 2013. Aktiviti ini dijalankan hasil kerjasama Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Bahasa Arab. Matlamat aktiviti ini ialah untuk menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah. Antara objektif aktiviti ini ialah ia dapat menambah pengetahuan pelajar mengenai pusat sumber, memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat malaysia pada masa kini dan akan datang serta dapat mengeratkan hubungan antara guru - guru dan pelajar. 

Aktiviti yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah ialah Pertandingan penghasilan Fail Tegak, Kuiz Pusat Sumber Sekolah yang dijalankan setiap hari Isnin, Anugerah peminjam terbanyak bagi tahap 1 dan 2, Rekod Bacaan Nilam terbanyak sepanjang Julai serta Jejak Maklumat.

Manakala aktiviti yang telah dijalankan bagi Panitia Bahasa Melayu ialah menyelesaikan Teka SilangKata, Membina Perkataan, Mewarna Perkataan, Memilih Perkataan yang Betul, Memberi Makna dan Membetulkan Ejaan, Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris ialah  Jazz Chant, Action Song, Spelling B, Story Telling, Public Speaking dan Crosword Puzzle serta Panitia Bahasa Arab menyediakan aktiviti nyanyian Bahasa Arab, Kamus Mini Terbaik, Sahibba dan Terjemah Arab kepada Bahasa Melayu. Aktiviti ini telah dijalankan secara berperingkat sewaktu perhimpunan sekolah, waktu kokurikulum serta di dalam kelas. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan pelajar dan semua aktiviti disediakan hadiah.

Nyanyian Bahasa Arab oleh  murid perempuan Tahun 1 Melur
Bacaan Niat puasa oleh murid lelaki  Tahun 1 Melur
Pemenang Kuiz PSS tahap 1
Pemenang Kuiz PSS tahap 2
Pemenang Pertandingan Jejak Maklumat
Guru Besar bersama Guru Media serta Ketua - ketua  Panitia
Perasmian Sambutan Bulan Membaca

0 comments:

Post a Comment

 
Top