Bagi merancakkan penjualan kupon Hari Kantin SKSS yang bakal tiba, pihak sekolah telah menjalankan cabutan bertuah bagi pembeli-pembeli kupon dari kalangan murid.

Aktiviti ini dirancang bagi menggalakkan murid-murid membeli kupon lebih awal bagi memudahkan perancangan aktiviti jualan pada hari kantin nanti. Cabutan bertuah yang dijalankan ternyata menarik minat murid-murid untuk mendapatkan kupon yang dijual dengan kadar segera.

Apa yang menariknya, mereka yang mendapat hadiah melalui aktiviti cabutan bertuah ini masih berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah pada hari kantin juga.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah.





0 comments:

Post a Comment

 
Top