Pada 2 April 2015 yang lalu, Persatuan TKRS dan Pengakap sekolah telah merancang aktiviti memasak buah melaka secara bergotong-royong. Apa yang menariknya, murid-murid hanya dibimbing melalui arahan dan mereka perlu menyiapkan buah melaka dengan kerjasama di dalam kumpulan.

Aktiviti tersebut yang telah disertai oleh lebih kurang 50 orang murid telah mencapai objektif program dengan jayanya. Murid-murid  dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Buah melaka yang telah disiapkan dibahagi secara adil kepada setiap ahli kumpulan dan guru yang membimbing.




0 comments:

Post a Comment

 
Top