Oleh Aziehakim

Sungai Setar - Pada hari khamis yang lalu sekolah ini telah mengadakan sukan buat kali yang kelima belas. Demam sukan ini telah berlansung sejak bulan Januari lagi kerana murid - murid menghadiri latihan rumah sukan. Acara kegemilangan sukan ini dimulai dengaan aktiviti merentas desa, sukantara, beberapa acara akhir padang , raptai perbarisan dan seterusnya temasya sukan seminggu sebelum berlansungnya temasya ini. 

 Ikrar

Sederhana tapi meriah itulah yang dapat diceritakan bagi mengambarkan temasya yang berlansung. Temasya ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pertanian, Daerah Kerian dan turut dihadiri oleh En Zainuddin b. Mahmud Penyelia sukan, YDP  PIBG, ibu dan bapa murid SK Sungai Setar.  Beberapa buah sekolah turut hadir bagi memeriahkan temasya ini. 

 En Zainuddin (penyelia sukan), Pn Ruhayah Hassim (Guru Besar SKSS), Pn Mazwin (Pegawai Pertanian Daerah Kerian) dan Pn Rohana bt Mansor YDP PIBG SKSS

Rumah Biru telah muncul juara keseluruhan dengan diikuti dengan Rumah Hijau. diikuti rapat dengan rumah kuning. Walaubagaimanapun rumah merah telah memenangi acara perbarisan. Muhd Raimi Syazwan dari rumah hijau dan merupakan murid tahun 6M telah merangkul anugerah olahragawan apabila memenangi 4pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Manakala olahragawati pula telah dianugerahkan kepada Nor Shifaa Izzati dari rumah biru juga murid tahun 6M. Acara yg bermula pada pukul 2.30 petang ini telah tamat kira - kira jam 5 petang.

Mohd Raimi Syazwan, olahragawan SKSS 2010
                                                                                            
 
Nor Shifaa Izzati, olahragawati SKSS 2010
   

1 comments:

  1. ek ele sekolah kite orang lagi best ade tv dekat dewan kite orang tengok cerite TOY STORY 3 best

    ReplyDelete

 
Top