En. Azhar menyumbangkan EM 1 kepada SKSS
oleh Aziehakim
Pada tahun ini SK Sungai Setar telah terpilih sebagai calon Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar bagi sesi 2009/2010. Antara sekolah lain yg turut terpilih ialah SK Taman Jana, Kamunting, SMK Pengkalan, SMK Tambun, SMK Batu 4 dan SMK Tenku Menteri, Changkat Jering, Perak.
Bagi merealisasikan misi sekolah lestari tersebut antara aktiviti yang telah diterapkan dalam elemen penghijauan ialah program penanaman menggunakan baja organik dan projek membuat baja kompos.

 Pembuatan baja kompos daripada campuran tahi ayam dan kambing

SK Sungai Setar amat berbesar hati kerana telah mendapat khidmat nasihat daripada pihak Pejabat Pertanian Daerah Kerian.Di harapkan usaha murni sekolah ini dan segala tenaga dan keringat yg telah dikeluarkan dapat memperoleh hasil yg setimpal.

 
  Pn Zaharani bt Othman, PK Koko SKSS sedang memasukan gula merah (molasses)

Turut membantu ialah Tn Hj Abd Rashid dan Ust Rozaimin 

Campuran bahan ini perlu disebatikan...

Murid juga turut didedahkan secara lansung bagi penglibatan yang menyeluruh dari pihak SKSS

Bahan campuran adalah EM 1, siput gondang, gula merah dan air.

Bahan campuran adalah EM1, sayuran hijau, gula merah dan air

0 comments:

Post a Comment

 
Top