Semua murid berkumpul dikantin untuk mendengar taklimat

Oleh Aziehakim
Khamis - Sekolah ini telah mengadakan acara merentas desa buat sekian kalinya. Acara yg bermula pada pukul 3.00 petang ini dimulakan dengan taklimat oleh setiusaha sukan dan diikuti dengan aktiviti memanaskan badan. Perkara yang ditekankan dalam taklimat tersebut ialah mengenai aspek keselamatan murid. Semua murid juga dikehendaki memakai kasut sekolah. 

 Murid beratur dalam dua barisan menuju tempat pelepasan

Acara ini telah dibahagikan kepada 2 kategori, kategori A dilepaskan dahulu diikuti dengan kategori B. Beberapa orang guru ditugaskan untuk berada dibeberapa lokasi chekpoint untuki memastikan keselamatan semua murid - murid. Sebilangan guru lelaki turut meronda sepanjang laluan tersebut. Sekolah ini turut bertuah kerana telah mendapat bantuan 2 orang polis bagi memastikan semua aktiviti berada dalam keadaan yang selamat.
 Murid dilepaskan mengikut kategori

Acara yang dijalankan tamat kira - kira jam 5.00 petang. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah  yang bertungkus lumus menjayakan acara merentas desa ini. Hadiah telah disampaikan kepada pemengang pada perhimpunan hari Isnin oleh Yang Berusaha Pn Ruhayah Bt Hassim, Guru Besar SK Sungai Setar.
Juara kategori A - Noramiratulhusna bt Asmadi dari rumah biru

Juara Kategori B - Khairulamirin b. Hasan dari rumah kuning
 
Semua murid berkumpul dikantin setelah menamatkan larian.

 Pasukan terakhir yang tiba, tahniah kerana berjaya menamatkan larian

 Sebahagian daripada guru yang bertugas di checkpoint

0 comments:

Post a Comment

 
Top