Pada 27 Mei yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan satu aktiviti merentas desa yang dikenali sebagai Fun Run Alam Sekitar. Menariknya, aktiviti ini turut disertai oleh lebih dari 5 sekolah berhampiran.

Tujuan utama larian diadakan adalah bagi memupuk semangat lestari dikalangan warga sekolah. Murid yang ingin menyertai larian juga perlu menyediakan barangan kitar semula dengan berat minimum 10kg. Laluan utama trek larian adalah kawasan berhampiran sekolah dengan jarak 3.7km.

Cabutan bertuah kepada semua peserta turut diadakan. Selain itu, hadiah utama berupa sebuah basikal fixie turut disediakan kepada murid / guru yang telah menyumbang barangan kitar semula dengan timbangan terberat. Hadiah utama telah dimenangi oleh En Abdul Rashid B Omar, guru SKSS dengan berat timbangan melebihi 320kg.


 

 

Untuk melihat album lengkap Fun Run Alam Sekitar, sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment

 
Top