Majlis Taddarus Al-Quran yang dilangsungkan di SK Sungai Setar melibatkan semua guru, semua murid tahun 6 dan sebahagian murid tahun 5. Majlis tersebut dijalan secara berkumpulan, 6 kumpulan dengan lebih kurang 8 orang murid dan 3 orang guru dalam satu kumpulan, bertempat di bilik media SK Sungai Setar.

Majlis Taddarus Al-Quran ini dijalankan setiap hari bermula dari jam 10.40 pagi hingga 11.00 pagi iaitu semasa waktu rehat murid tahap 2. Sasaran majlis ini adalah supaya warga SKSS dapat mengqhatam Al-Quran dalam masa lebih kurang 3 minggu. Walaupun dengan masa yang agak singkat, majlis dapat dijalankan dengan baik dan diharapkan agar dapat mencapai matlamat.





Untuk melihat album lengkap program Ihya' Ramadhan, sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment

 
Top