Pada 26 Jun 2015 yang lalu, SK Sungai Setar telah mengadakan Hari Menandatangi Laporan Prestasi murid. Pertemuan antara guru dan ibu bapa / penjaga pada hari itu dapat memberi peluang kepada ibu bapa/penjaga untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang prestasi dan pencapaian semasa anak mereka.

Laporan prestasi yang ditandatangi pada hari tersebut adalah daripada Ujian Pertengahan tahun yang berlangsung pada 19 hingga 26 Mei iaitu sebelum cuti pertengahan tahun yang lalu.

Selain itu, ibu bapa / penjaga murid-murid tahun 6 dapat bertemu secara langsug dengan guru besar SK Sungai Setar, Pn Ruhayah Bt Hassim dalam satu pertemuan yang dijalankan di makmal komputer.






Gambar-gambar lain Hari Menandatangani Laporan Prestasi, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top