Pada hari jumaat yang lalu, pihak sekolah melalui jawatankuasa bulan kemerdekaan telah menganjurkan majlis pelancaran bagi bulan kemerdekaan 2015 peringkat sekolah. Majlis tersebut yang sepatutnya dijalankan pada hari isnin terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab dan kekangan.

Majlis yang dimulakan sekitar jam 7.40 pagi telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Setar, Tn. Haji Jamaluddin bin  Haji Jali. Beliau bersama guru besar dan guru-guru seterusnya menjalankan upacara melepaskan burung sebagai simbolik kemerdekaan.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran bekas guru SK Sungai Setar, En Abd Razak b Bid. Beliau dijemput sebagai seorang tokoh kemerdekaan, telah berkongsi pengalaman beliau tentang kemerdekaan dan sejarah Tanah Melayu.

Pelbagai program dan pertandingan telah diatur sepanjang bulan kemerdekaan ini dengan melibatkan semua warga sekolah.







Untuk melihat album lengkap Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015, sila klik di sini.


0 comments:

Post a Comment

 
Top